Saturday, September 19, 2009

Another Estimation of arowana investment Profit

"KT Nyiur itu ialah nama kampung di Kuala Kangsar di mana usaha pembenihan dan penternakan ikan kelisa (arowana) dijalankan.Pemilik tempat itu ialah Encik Mohd Tahir Mohd Shah, bekas seorang Polis.Memulakan projek penternakan arowana ini sejak 1991.Beliau juga memperkenalkan Sistem Pawah di KT Nyiur (KTN) kepada sesiapa yang berminat.KTN punya pembahagian untung ialah 60 (KTN) : 40 (Pelabur)Di i KTN induk Arowana Gold Grade A dijual kepada pelabur pada harga RM10,000/Ekor. 1 Unit Kolam boleh memuatkan 10 ekor induk (5 jantan dan 5 betina) memerlukan modal RM100,000. (RM10,000/Ekor x 10 ekor)

Berdasarkan pengalaman setiap tahun, benih ditarik sebanyak 6 kali. Maknanya, setiap 2 bulan sekali.Dalam masa setahun secara purata yg konservatif, sebanyak 180 ekor ikan baru dihasilkan dari 10 ekor induk tadi.Setiap ekor yang dihasilkan akan terus dibeli semula oleh pihak KTN pada harga RM1000/Ekor.Kesahihan jumlah telur yang dihasilkan dan jumlah yang menetas dan jumlah yang hidup disahkan dengan penglibatan seorang peguam yang dilantik di dalam perjanjian di antara KTN dan Pelabur dengan arrangement oleh Consultant KTNyiur tadi.Pembayaran hasil terus dibuat ke dalam akaun bank pelabur.Tahun ke 2 dan seterusnya berjalan seperti biasa, maksudnya setiap 2 bulan benih akan ditarik.Kontrak perjanjian ialah untuk tempoh selama 5 thn. Terpulang kepada pelabur untuk sambung lagi atau dah pandai, nak mula amik induk itu untuk ternak dan benihkan di kolam sendiri.Induk yang pelabur beli itu akan subur untuk bertelur sehingga 20 tahun.Boleh disimpulkan bahawa: untuk hasil konservatif 180 ekor tersebut, dengan pembahagian 60:40, hak pelabur ialah 72 ekor. Justeru hasil pada tahun pertama ialah RM72,000. Sehingga 20 tahun.Justeru utk mendapat pendapatan pasif yang signifikan selesa, pelaburan RM200,000 akan memberikan 360 ekor setahun, hak pelabur (40%) ialah 144 ekor bersamaan dengan RM144,000. Tahun ke 2 dan seterusnya benar benar meraih keuntungan sahaja.

No comments:

Post a Comment