ARTIKEL kali memberi fokus kepada pembiakan ikan arowana atau kelisa. Berikutan harga dan permintaan tinggi di pasaran dalam dan luar negara, ramai pengusaha yang menternak kelisa secara komersil. Selain itu, Pusat Pengembangan Akuakultur Perikanan di Enggor, Perak memainkan peranan menyediakan kursus ternakan ikan kelisa kepada penternak atau individu berminat.

Kursus percuma itu menarik minat penternak ikan tempatan yang berpotensi maju. Namun, di habitat asal kawasan tasik berair tenang, dalam dan banyak rumpai itu adalah kawasan pembiakan semula jadi. Tasik Chini dan Bera juga habitat pembiakan semula jadi kelisa terpenting kerana masih bebas pencemaran dan gangguan manusia.
Awal Ogos hingga Disember adalah musim kelisa menetas. Ketika itu, ramai pemburu kelisa menjelajah sekitar tasik berkenaan untuk menangkap anaknya. Dari tinjauan penulis, mereka datang dari Segamat dan Seremban selain Orang Asli.
Menjelang musim banjir dan selepas banjir (Ogos hingga Disember), telur arowana menetas. Kebanyakan pemburu kelisa menggunakan sauk dengan menyuluh pada waktu malam. Mereka menjelajah tasik berkenaan dan menyauknya jika ternampak kilauan matanya apabila terkena suluhan lampu picit.
Selain itu, penggunaan pukat rentang juga dikatakan sangat efektif tetapi boleh menyumbang kepada kepupusan. Pukat direntang di permukaan air, dan mana-mana induk yang bergerak sambil mengendong anak di dalam mulut akan tersangkut pada pukat berkenaan.
Setelah induknya terperangkap pada pukat, ia segera memuntahkan anaknya keluar dari mulut dan pemburu segera menangkapnya. Lagi pun, anak yang baru menetas akan berkeliaran tidak jauh daripada induk.
Berikutan permintaan berlebihan terhadap anak ikan kelisa liar, menyebabkan ia ditangkap secara berleluasa. Jika perkara ini terus dibiarkan, adalah dikhuatiri spesies ini akan pupus. Tinjauan penulis, anak ikan bersaiz 3 sentimeter mampu mencecah harga sehingga RM40 hingga RM60 seekor.
Seharusnya, pihak berkuasa mengenakan sekatan dengan menguatkuasakan ‘musim tertutup menangkap ikan kelisa’ bertujuan memberi peluang anak yang baru menetas membesar.
Di samping itu, tasik yang dikenal pasti boleh dibangunkan menjadi kawasan santuari ikan kelisa dengan mengharamkan segala aktiviti menangkap ikan di situ.
Arowana mampu keluar toksid tinggi
Oleh Helmi Hamzah
PEMELIHARAAN spesies arowana sering mendapat perhatian ramai yang menyifatkan spesies ini memiliki keunikan tersendiri serta warnanya yang terang mampu menarik perhatian penggemarnya.

Namun begitu, perlu diingatkan beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk menyediakan tempat yang selesa bagai pemeliharaan spesies ini selain saiz akuarium yang sesuai, sekurang-kurang tiga kali saiz ikan itu, tumbuhan yang diletakkan, kebersihan serta peralatan penapisan sesuai.
Faktor penting ialah tahap pH air pada bacaan 6.0 - 7.0 untuk memastikan ia berada dalam keadaan masam sesuai dengan habitat ikan pada keadaan asalnya di kawasan air tawar.
Selain itu, suhu air juga perlu dikekalkan pada tahap 26 - 30 darjah selcius dan perlu dielakkan daripada perubahan suhu mendadak kerana ia boleh menjadi kejutan pada ikan yang boleh mengakibatkan kematian.
Suhu tinggi boleh menyebabkan bahagian penutup insan bergulung atau terangkat ke atas dan ini pasti mengganggu keselesaan ikan dan sekali gus mampu menjejaskan tahap kesihatannya.
Arowana antara spesies yang mengeluarkan kotoran mampu mencemar air kerana toksid yang dikeluarkan mengandungi nitrogen tinggi menyebabkan kandungan amonia dan nitrat turut meningkat.
Oleh itu, sistem penapisan yang baik diperlukan untuk menjamin tahap kebersihan dan pencemaran air dapat dikekalkan, manakala air perlu diganti setiap minggu pada kadar 25 hingga 30 peratus bagi setiap kali penukaran air.
Anda juga boleh mengganti air dua kali seminggu pada tahap 20 peratus bagi setiap gantian dan pastikan tahap pH serta air turut dikekalkan dalam proses penukaran itu untuk memastikan tidak berlaku kejutan terhadap ikan.
Kegagalan untuk mengekalkan tahap suhu air dan pH ketika proses menukarkan air sering menjadi punca berlaku keadaan tidak selesa akhirnya menyebabkan ikan mudah mati.
Tip Akuarium: Kelisa bertelur setahun sekali
Oleh Helmi Hamzah
IKAN kelisa (Scleropages formosus), antara spesies yang menjadi idaman ramai pemilik akuarium di negara ini kerana keunikan dan ada yang menyifatkan satu simbol kemewahan atau sesetengah pihak pula berpendapat boleh membawa tuah.

Persepsi penggemar kelisa juga menyebabkan nilai ikan ini melambung di pasaran hingga mampu mencecah ribuan ringgit dan sentiasa menjadi buruan ramai pemilik akuarium sejak kebelakangan ini.
Keunikan ikan ini dikatakan mampu memukau pemiliknya yang sanggup menghabiskan masa untuk melihatnya berenang dalam akuarium.
Bagaimanapun, ada beberapa perkara asas yang perlu diketahui oleh bakal atau pemilik spesies ini iaitu ikan jantan dan betina perlu diletakkan dalam tangki konkrit 2.0 meter x 2.2 meter dengan kedalaman air 0.4 meter bagi tujuan pembiakan.
Penukaran air perlu dilakukan setiap hari dengan campuran air paip dan air perigi untuk memastikan air sentiasa bersih, manakala segala mineral dalam air dapat membantu proses pembesaran ikan.
Tangki atau akuarium perlu ditutup dengan sesuatu seperti jaring yang mampu memberikan sistem pengudaraan untuk mengelakkan daripada ikan melompat keluar kerana spesies ini menjadi agresif selepas bertelur.
Tangki atau akuarium perlu dilindungi daripada sinaran matahari dan suhu air dikekalkan pada tahap 26 - 30 darjah celcius, manakala bacaan pH air perlu berada pada bacaan sekitar 6 hingga 7.5.
Bagi mempercepatkan proses pembiakan dan tumbesaran ikan, makanan seperti lipas atau cacing tanah antara jenis makanan yang disarankan sepanjang proses pembiakan. Perlu diingat proses bertelur spesies ini berlaku sekurang-kurangnya setahun sekali sekitar Oktober dan ada kemungkinan berlaku pada bulan lain seperti Mac.
Kebiasaannya, spesies ini akan mengeluarkan telur sehingga 50 biji setiap kali proses bertelur, manakala kelisa jantan akan mengeramkan telur berkenaan di dalam mulut sehingga menetas.
Ikan jantan hanya akan membebaskan anak ikan selepas ikan betina dikeluarkan dari tangki ataupun akuarium.
Tip Akuarium: Induk kelisa muntahkan anak jika dipukat
Oleh Mohamed Semail
ARTIKEL kali memberi fokus kepada pembiakan ikan arowana atau kelisa. Berikutan harga dan permintaan tinggi di pasaran dalam dan luar negara, ramai pengusaha yang menternak kelisa secara komersil. Selain itu, Pusat Pengembangan Akuakultur Perikanan di Enggor, Perak memainkan peranan menyediakan kursus ternakan ikan kelisa kepada penternak atau individu berminat.
ARTIKEL kali memberi fokus kepada pembiakan ikan arowana atau kelisa. Berikutan harga dan permintaan tinggi di pasaran dalam dan luar negara, ramai pengusaha yang menternak kelisa secara komersil. Selain itu, Pusat Pengembangan Akuakultur Perikanan di Enggor, Perak memainkan peranan menyediakan kursus ternakan ikan kelisa kepada penternak atau individu berminat.
Kursus percuma itu menarik minat penternak ikan tempatan yang berpotensi maju. Namun, di habitat asal kawasan tasik berair tenang, dalam dan banyak rumpai itu adalah kawasan pembiakan semula jadi. Tasik Chini dan Bera juga habitat pembiakan semula jadi kelisa terpenting kerana masih bebas pencemaran dan gangguan manusia.
Awal Ogos hingga Disember adalah musim kelisa menetas. Ketika itu, ramai pemburu kelisa menjelajah sekitar tasik berkenaan untuk menangkap anaknya. Dari tinjauan penulis, mereka datang dari Segamat dan Seremban selain Orang Asli.
Menjelang musim banjir dan selepas banjir (Ogos hingga Disember), telur arowana menetas. Kebanyakan pemburu kelisa menggunakan sauk dengan menyuluh pada waktu malam. Mereka menjelajah tasik berkenaan dan menyauknya jika ternampak kilauan matanya apabila terkena suluhan lampu picit.
Selain itu, penggunaan pukat rentang juga dikatakan sangat efektif tetapi boleh menyumbang kepada kepupusan. Pukat direntang di permukaan air, dan mana-mana induk yang bergerak sambil mengendong anak di dalam mulut akan tersangkut pada pukat berkenaan.
Setelah induknya terperangkap pada pukat, ia segera memuntahkan anaknya keluar dari mulut dan pemburu segera menangkapnya. Lagi pun, anak yang baru menetas akan berkeliaran tidak jauh daripada induk.
Berikutan permintaan berlebihan terhadap anak ikan kelisa liar, menyebabkan ia ditangkap secara berleluasa. Jika perkara ini terus dibiarkan, adalah dikhuatiri spesies ini akan pupus. Tinjauan penulis, anak ikan bersaiz 3 sentimeter mampu mencecah harga sehingga RM40 hingga RM60 seekor.
Seharusnya, pihak berkuasa mengenakan sekatan dengan menguatkuasakan ‘musim tertutup menangkap ikan kelisa’ bertujuan memberi peluang anak yang baru menetas membesar.
Di samping itu, tasik yang dikenal pasti boleh dibangunkan menjadi kawasan santuari ikan kelisa dengan mengharamkan segala aktiviti menangkap ikan di situ.
http://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20090130113056/Article/index_html
Saturday, September 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment